Kunjungan hormat kepada Ketua Menteri

Kunjungan hormat kepada Ketua Menteri

KOTA KINABALU, 14 Ogos (Bernama) – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, hari ini.

Beliau tiba di kediaman Musa di Sri Gaya, di sini, kira-kira pukul 9.30 pagi.

Ini merupakan kunjungan rasmi beliau kepada ketua menteri, selaku menteri persekutuan.

Mohd Salleh sebelum ini merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.

Beliau kemudian mengadakan perjumpaan tertutup bersama Musa selama hampir satu jam.

Petang ini, Mohd Salleh dijadualkan ke majlis ramah mesra bersama warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Kompleks Bersepadu KKMM di Jalan Lintas.