Kunjungan hormat Ketua Pengarah JLKN

Kunjungan hormat Ketua Pengarah JLKN

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah, hari ini, menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Malaysia, Dato’ Mohmed Asri bin Yusof di majlis yang berlangsung di bangunan kementeriannya.

Semasa kunjungan hormat itu, Yang Berhormat Pehin dan Dato’ Mohmed Asri bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan Program Khidmat Bakti Negara dan Latihan Khidmat Negara.

Yang Berhormat Pehin Haji Hazair menerima kunjungan hormat daripada Dato’ Mohmed Asri.
Yang Berhormat Pehin Haji Hazair menerima kunjungan hormat daripada Dato’ Mohmed Asri.

pg10_150812_c

ARTIKEL YANG SAMA