Kunjungan hormat Ketua Pengarah Perisikan Malaysia

Kunjungan hormat Ketua Pengarah Perisikan Malaysia

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Dis – Pemangku Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, hari ini, telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Angkatan Bersenjata Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Abdul Hadi bin Haji Hussin.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua belah pihak menekankan semula hubungan dua hala yang kukuh dan mengambil peluang untuk membincangkan isu-isu kebimbangan bersama.

Leftenan Jeneral Datuk Abdul Hadi berada di negara ini sejak 2 Disember lalu hingga hari ini sebagai perwakilan khas untuk menyerahkan jemputan bagi Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016 yang akan diadakan pada 18-21 April 2016.

Pertukaran cenderahati antara kedua-duanya.
Pertukaran cenderahati antara kedua-duanya.

Semasa berada di negara ini, beliau juga telah membuat kunjungan berasingan kepada Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud dan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, Kolonel (U) Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah.

ARTIKEL YANG SAMA