Kunjungan hormat Menteri Kanan Singapura

Kunjungan hormat Menteri Kanan Singapura

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Okt – Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli, hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kanan Negara bagi Kementerian Undang-undang dan Kementerian Kewangan Republik Singapura, Puan Yang Terutama Indranee Rajah di Bangunan Mahkamah Tinggi-Mahkamah Besar, di sini.

Turut hadir ialah Yang Arif Dato Paduka Steven Chong, Yang Arif Pengiran Hajah Rostaina binti Pengiran Haji Duraman dan pegawai-pegawai kanan kehakiman yang lain.

Perjumpaan tersebut telah mengeratkan lagi hubungan dan meningkatkan kerjasama di antara kedua-dua buah negara.

Puan Yang Terutama Indranee Rajah berada di Negara Brunei Darussalam bagi rangka lawatan kerja selama empat hari yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Koordinasi bagi Keselamatan Nasional Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean.

Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Haji Kifrawi bertukar-tukar cenderahati dengan Puan Yang Terutama Indranee Rajah.
Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Haji Kifrawi bertukar-tukar cenderahati dengan Puan Yang Terutama Indranee Rajah.

ARTIKEL YANG SAMA