Kunjungan hormat Presiden Costa Rica

Kunjungan hormat Presiden Costa Rica

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, malam tadi telah mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Republik Costa Rica, Tuan Yang Terutama Luis Guillermo Solis Rivera di Real Intercontinental San Jose.

Terdahulu, pada sebelah petang, Duli Yang Teramat Mulia telah mengadakan perjumpaan dua hala dengan Minister of Foreign Affair and Worship Costa Rica, Tuan Yang Terutama Manuel A. Gonzalez Sanz.

Semasa perjumpaan tersebut, kedua-dua menteri telah membincangkan perkara dua hala dan cara-cara untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama dua hala.

Duli Yang Teramat Mulia berangkat tiba di San Jose, kelmarin bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Forum Kerjasama Asia Timur-Amerika Latin (FEALAC) ke-7 hari ini.

Duli Yang Teramat Mulia semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Luis Guillermo Solis Rivera di Real Intercontinental San Jose, malam kelmarin. – Infofoto
Duli Yang Teramat Mulia semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Luis Guillermo Solis Rivera di Real Intercontinental San Jose, malam kelmarin. – Infofoto
Duli Yang Teramat Mulia semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Luis Guillermo Solis Rivera di Real Intercontinental San Jose, malam kelmarin. – Infofoto
Duli Yang Teramat Mulia semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Luis Guillermo Solis Rivera di Real Intercontinental San Jose, malam kelmarin. – Infofoto
Duli Yang Teramat Mulia mengadakan perjumpaan dua hala dengan Tuan Yang Terutama Manuel A. Gonzalez Sanz, petang kelmarin. – Infofoto
Duli Yang Teramat Mulia mengadakan perjumpaan dua hala dengan Tuan Yang Terutama Manuel A. Gonzalez Sanz, petang kelmarin. – Infofoto

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Lapangan Terbang Antarabangsa Juan Santamaria dialu-alukan oleh Timbalan Menteri Luar Republik Costa Rica, Tuan Yang Terutama Eduardo Trejos Lalli.

Mesyuarat FEALAC akan memupuk pakatan strategik antara Asia Timur dan Amerika Latin khususnya melalui kerjasama kukuh dalam perdagangan, ekonomi dan pendidikan.

Bertemakan “FEALAC 2015: Dua Rantau, Satu Visi,” mesyuarat itu dijangka menerima pakai tiga dokumen iaitu Deklarasi San Jose, kertas konsep mengenai FEALAC 2015: Dua Rantau, Satu Visi dan kertas konsep mengenai garis panduan bagi proses kerja FEALAC.

Turut mengiringi Duli Yang Teramat Mulia ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Mansurah Izzul Bolkiah.