Kunjungan hormat Setiausaha NCMF

Kunjungan hormat Setiausaha NCMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Julai – Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Kebangsaan Masyarakat Islam Filipina (NCMF), Yang Berhormat Yasmin Busran-Lao.

Kunjungan berlangsung di Bilik Dhiyafah, Bangunan Tambahan Baru Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Jalan Dewan Majlis, Berakas.

Yang Berhormat Yasmin Busran-Lao dan rombongan diiringi oleh Duta Besar Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Meynardo LB. Montealegre dan pegawai dari Kedutaan Besar Filipina di Brunei.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap di KHEU, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof; Timbalan Setiausaha Tetap, Awang Roslan bin Haji Taja’ah; dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Haji Johar bin Haji Muhammad serta pegawai-pegawai kanan KHEU.

Menteri Hal Ehwal Ugama bergambar ramai bersama YB Yasmin Bursan Lao dan rombongan.
Menteri Hal Ehwal Ugama bergambar ramai bersama YB Yasmin Bursan Lao dan rombongan.
Mufti Kerajaan terima kunjungan hormat daripada YB Yasmin Bursan Lao.
Mufti Kerajaan terima kunjungan hormat daripada YB Yasmin Bursan Lao.

Kunjungan hormat tersebut antara lain bertujuan untuk meneroka bidang-bidang kerjasama antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Filipina, khususnya dalam bidang pemakanan halal dan pendidikan Islam.

Dalam pada itu, Yang Berhormat dan rombongan juga telah mengadakan kunjungan hormat kepada Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, yang berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di DarulIfta Brunei Darussalam.

Dalam pertemuan itu, perbincangan tertumpu kepada perkembangan agama Islam di kedua-dua negara dan pertukaran maklumat mengenainya. Antara yang disentuh termasuklah hal ehwal kemasyarakatan, pendidikan dan ekonomi Islam.

Yang Berhormat Yasmin Busran-Lao yang dalam rangka lawatan ke negara ini bermula hari ini, juga mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai dari Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama bagi membincangkan dan melihat perkara-perkara dan peluang-peluang yang memerlukan kerjasama.

ARTIKEL YANG SAMA