Kunjungan muhibah Duta Besar Perancis

Kunjungan muhibah Duta Besar Perancis

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, hari ini, menerima kunjungan muhibah daripada Duta Besar dan Mutlak Republik Perancis ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Loan Forgeron, yang berlangsung di Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat.

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak telah bertukar-tukar pandangan dan membincangkan mengenai langkah-langkah kerjasama yang boleh diwujudkan di antara MMN dan Kedutaan Perancis di Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis 1 (Pertama) MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar, Timbalan Jurutulis MMN, Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail serta beberapa orang pegawai Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat.

Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman ketika menerima kunjungan daripada Duta Besar dan Mutlak Republik Perancis ke Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman ketika menerima kunjungan daripada Duta Besar dan Mutlak Republik Perancis ke Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA