Kunjungan muhibah kepada YDP MMN

Kunjungan muhibah kepada YDP MMN

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Nov – Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Nicola Rosenblum hari ini mengadakan kunjungan muhibah kepada Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis.

Turut hadir pada kunjungan muhibah tersebut ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar dan beberapa pegawai Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat.

Pada kunjungan muhibah tersebut Yang Berhormat Pehin Awang Haji Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada Nicola Rosenblum atas pelantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, seterusnya mereka membincangkan hal-hal keprihatinan bersama.

Di samping itu, Nicola juga berkesempatan mengetahui akan perjalanan dan peraturan-peraturan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam yang dipraktikkan pada masa ini.

Nicola Rosenblum ketika mengadakan kunjungan muhibah kepada Yang Berhormat Pehin Awang Haji Abdul Rahman di Bangunan Dewan Majlis.
Nicola Rosenblum ketika mengadakan kunjungan muhibah kepada Yang Berhormat Pehin Awang Haji Abdul Rahman di Bangunan Dewan Majlis.

ARTIKEL YANG SAMA