Kunjungan muhibah Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh

Kunjungan muhibah Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, hari ini, telah menerima kunjungan muhibah daripada Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammed Abdul Hye.

Semasa kunjungan yang berlangsung di Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat, Jalan Dewan Majlis, kedua-dua belah pihak telah berbincang mengenai kerjasama dan hubungan dua hala di antara MMN dan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh serta bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal yang menjadi kepentingan dan keprihatinan bersama.

Turut hadir ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Jurutulis I (Pertama) MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar dan Timbalan Jurutulis MMN, Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail serta beberapa orang pegawai Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

Yang Di-Pertua MMN ketika menerima kunjungan muhibah daripada Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh.
Yang Di-Pertua MMN ketika menerima kunjungan muhibah daripada Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh.

ARTIKEL YANG SAMA