Kunjungan Muslimah Adat Istiadat Banda Aceh

Kunjungan Muslimah Adat Istiadat Banda Aceh

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mei – Seramai 25 Muslimah dari Jabatan Adat Istiadat Banda Aceh, Indonesia semalam membuat lawatan ke Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampung Mulaut.

Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Imam Haji Sufri bin Haji Mega yang disusuli dengan penerangan ringkas kepada rombongan mengenai kepentingan masjid dan pelbagai kemudahan yang terdapat di dalamnya.

Antara jadual lawatan selama dua hari oleh rombongan itu yang bermula 6 hingga 7 Mei tersebut ialah lawatan ke Jabatan Adat Istiadat Brunei bertujuan mengenali fungsi-fungsi jabatan dan mengeratkan lagi silaturahim serta mengambil kesempatan untuk berkunjung ke salah sebuah masjid di negara ini, iaitu Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen.

Kedatangan rombongan ke masjid itu diserikan dengan bacaan surah Al-Fatihah dipimpin oleh Bilal Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Awang Mohd Haziq Saufee bin Haji Zainal diikuti dengan persembahan berdikir beramai-ramai daripada Ahli Jawatankuasa Takmir dan Muslimah.

Sesi bergambar ramai bersama rombongan dari Jabatan Adat Istiadat Banda Aceh, Indonesia.
Sesi bergambar ramai bersama rombongan dari Jabatan Adat Istiadat Banda Aceh, Indonesia.

Sebaik sahaja lawatan singkat rombongan berakhir, mereka turut diberikan cenderahati kenang-kenangan yang disempurnakan penyampaiannya oleh Ketua Kampung Mulaut, Haji Mohammad Jait bin Haji Hitam.

ARTIKEL YANG SAMA