Kunjungan pelbagai bangsa meriahkan TBC

Kunjungan pelbagai bangsa meriahkan TBC

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 8 Feb – Rumah terbuka sudah menjadi amalan bagi masyarakat Tionghua di negara ini setiap kali Sambutan Tahun Baru Cina yang bukan sahaja dikunjungi oleh ahli keluarga dan sanak saudara malahan rakan-rakan daripada pelbagai bangsa dan agama.

Bagi Syarikat Lim and Ho Employment Agency, sambutan lebih meriah dengan kehadiran para pelajar istimewa dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) cawangan Daerah Belait berserta ibu bapa dan penjaga mereka.

Rumah terbuka pada hari pertama yang diadakan di kediaman Pengarah Urusannya, Fenny Ho Kin Juan dan suami, Lim Thian Meng, di Jalan Maulana di sini, hari ini, turut menerima kunjungan hampir 1,000 orang termasuk rakan-rakan perniagaan, persatuan, orang perseorangan dan masyarakat sekeliling yang mengenali mereka.

Acara rumah terbuka mereka seperti biasa dimeriahkan dengan persembahan Tarian Singa, yang bukan saja sebagai penghibur tetapi pada kepercayaan masyarakat Tionghua sebagai mendatangkan tuah.

Lim Thian Meng dan isteri Dayang Fenny Ho Kin Juan menyampaikan angpau kepada pelajar-pelajar Pusat Ehsan  disaksikan bersama oleh anak lelaki mereka (berdiri di belakang).
Lim Thian Meng dan isteri Dayang Fenny Ho Kin Juan menyampaikan angpau kepada pelajar-pelajar Pusat Ehsan disaksikan bersama oleh anak lelaki mereka (berdiri di belakang).
Majlis Rumah Terbuka Syarikat Lim and Ho Employment Agency,tambah meriah dengan kehadiran masyarakat yang memerlukan seperti pelajar-pelajar istimewa Pusat Ehsan cawangan Daerah Belait.
Majlis Rumah Terbuka Syarikat Lim and Ho Employment Agency,tambah meriah dengan kehadiran masyarakat yang memerlukan seperti pelajar-pelajar istimewa Pusat Ehsan cawangan Daerah Belait.

pg09_160209_e

Wong Ming Chin dan isterisemasa menerima sijil persembahan Tarian Singa dikediamannya sempena Sambutan Tahun Baru Cina.
Wong Ming Chin dan isterisemasa menerima sijil persembahan Tarian Singa dikediamannya sempena Sambutan Tahun Baru Cina.

pg09_160209_d

Di samping itu, para tetamu juga diberikan cenderahati berbentuk paket warna merah yang dikenali sebagai angpau juga dipercayai sama sebagai membukakan lagi rezeki dan keamanan hidup mereka sekeluarga.

Pengurus Pusat Ehsan cawangan Daerah Belait, Dayang Hamimah binti Haji Sapar memberitahu Media Permata, Lim Thian Meng dan isteri, setiap tahun tidak pernah ketinggalan mengundang pelajar-pelajar pusat tersebut untuk sama-sama memeriahkan sambutan tahun baru mereka.

Menurutnya, pelajar-pelajar pusat itu sangat teruja menantikan ketibaan sambutan itu pada setiap tahun kerana mereka merasa terhibur menyaksikan persembahan Tarian Singa selain berpeluang menikmati hidangan istimewa yang disediakan oleh pasangan suami isteri itu bersama ahli keluarga mereka.

“Awang Lim Thian Meng dan isterinya, Dayang Fenny Ho Kin Juan, sentiasa memberikan sokongan kepada pusat kami dan terus menghulurkan sumbangan termasuklah dalam acara sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya, kami mendoakan semoga mereka suami isteri serta keluarga akan sentiasa sejahtera dan maju jaya dalam perniagaan dan kehidupan mereka,” beliau melahirkan penghargaannya.

Sementara itu, Lim Thian Meng pula semasa ditemui memberitahu, sambutan mereka akan kurang keceriaan jika mereka tidak melibatkan penyertaan masyarakat yang memerlukan seperti pelajar-pelajar istimewa dalam majlis rumah terbuka mereka.

Katanya, kehadiran kalangan pelajar-pelajar istimewa itu memberikan mereka rasa lebih kebahagiaan kerana dapat menyumbangkan sedikit bantuan memberikan rasa kasih sayang kepada mereka.

Menyentuh tentang keadaan kegawatan ekonomi, beliau berpandangan, memang perkara itu disedari, tetapi Sambutan Tahun Baru Cina, tidak dapat mereka tinggalkan kerana ia merupakan kebudayaan mereka sejak zaman berzaman, dan setiap tahun ia mesti diraikan dengan rasa kesyukuran, kegembiraan, bagaimanapun pada tahun ini, dengan secara kesederhanaan sahaja, tetapi masih mengekalkan budaya saling kunjung mengunjungi dan mengeratkan silaturahim tanpa mengira bangsa dan agama.

Pandangan yang sama turut diluahkan oleh Pengerusi Persatuan Kwong Wai Siew, Koo Kong Loi, semasa ditemui pada majlis rumah terbuka di kediamannya di Kampung Lumut Tersusun di Seria.

Menurut beliau, keadaan kemerosotan ekonomi, tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk masyarakat Cina menghentikan budaya mereka dalam menyambut perayaan Tahun Baru Cina kerana ia juga sebagai acara yang mengeratkan ikatan kekeluargaan dan sahabat handai mereka, walaupun ramai dalam kalangan mereka yang mengadakannya secara sederhana tahun ini.

Beliau yang juga merupakan ahli tertinggi bagi Persatuan Wushu Daerah Belait, memberitahu, anak-anaknya yang belajar di luar negara hanya pulang sempena Tahun Baru Cina, dan sebagai sebuah keluarga kecil, ayah kepada tiga orang anak lelaki dan isteri, Lee Hung Sieow, perayaan tahun baru hanya akan lebih meriah apabila bersama-sama di sisi ahli keluarga.

Baginya melalui perayaan ini jugalah mereka sekeluarga berpeluang berjumpa dan beramah mesra dengan kawan-kawan tanpa mengira bangsa termasuklah masyarakat Melayu dan lainnya.

Turut berkunjung ke rumah terbuka beliau termasuklah kalangan ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seria dan RPN Kampung Panaga dan orang-orang perseorangan, ahli-ahli persatuan dan lainnya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Wushu, Wong Ming Ching yang juga merupakan Penasihat Kehormat Sekolah Menengah Chung Ching Seria, menyifatkan majlis rumah terbuka sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang diadakannya setiap tahun membukakan peluang untuknya dan ahli keluarga mengeratkan lagi persahabatan sesama masyarakat sekeliling terutama sekali ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung.

Beliau semasa ditemui Media Permata di kediamannya di Kampung Lumut, melahirkan harapan semoga tahun ini akan lebih membawa kebahagiaan dan menyeru semua masyarakat Tionghua di negara ini supaya tidak berpecah belah dan sentiasa taat kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, ke arah mencapai kemajuan diri, bangsa dan negara.

Menurutnya, Tahun Monyet dilihat oleh masyarakat Tionghua sebagai kegigihan dan lebih kuat berusaha dalam meningkatkan kehidupan baik dari segi ekonomi individu dan juga untuk negara dan mempunyai sikap sekawan dan bekerjasama.

“Dalam kesempatan ini juga, saya selaku rakyat dan penduduk di negara ini, menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah banyak memberikan pelbagai kemudahan kepada rakyat Baginda termasuklah masyarakat Tionghua, dan hidup dalam aman dan damai,” ujarnya.

Pada majlis rumah terbukanya itu, Wong Ming Chin dan keluarga turut menghulurkan sumbangan kepada beberapa orang anak yatim di kawasan RPN Kampung Panaga, dan hadir sama ke majlis rumah terbuka beliau ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara Daerah Belait yang juga selaku Ketua Kampung Lumut I, Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee bin Ahmad, Penghulu Mukim Seria, Haji Jamail bin Haji Linap dan mantan-mantan pegawai Daerah Belait serta lainnya.

ARTIKEL YANG SAMA