Kunjungan perpisahan Pesuruhjaya Tinggi Australia

Kunjungan perpisahan Pesuruhjaya Tinggi Australia

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib hari ini menerima kunjungan perpisahan daripada Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Todd Mercer di Bangunan Dewan Majlis.

Hadir sama dalam kunjungan perpisahan itu ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar, Timbalan Jurutulis MMN, Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail serta pegawai-pegawai Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat. Pada kunjungan perpisahan itu, kedua-dua belah pihak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan bagi hubungan kerja yang baik sepanjang tempoh perkhidmatan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam.

Kedua-dua belah pihak juga melahirkan rasa gembira bahawa hubungan kedua negara terus kukuh dan mesra dan berharap hubungan tersebut akan berterusan dalam bidang-bidang kerjasama yang ada dan juga dalam bidang-bidang lain yang akan datang.

Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman ketika menerima kunjungan perpisahan daripada Todd Mercer.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman ketika menerima kunjungan perpisahan daripada Todd Mercer.

ARTIKEL YANG SAMA