Kunjungan raya eratkan hubungan Brunei-S’pura

Kunjungan raya eratkan hubungan Brunei-S’pura

Oleh Mohamad Asyramisyanie & Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Rombongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kedua Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, dan Menteri Kedua Hal Luar Negeri, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad, hari ini, meneruskan kunjungan Hari Raya di negara ini dengan berkunjung ke kediaman Menteri Pendidikan dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Kunjungan Tuan Yang Terutama yang turut ditemani isteri, Puan Jumelah Ja’far, ke kediaman Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong di Kampung Manggis dialu-alukan sendiri oleh Yang Berhormat
Pehin dan isteri, Datin Paduka Hajah Jahrah binti Haji Mohammad.

Rombongan Tuan Yang Terutama dan isteri turut disertai Menteri Negara di Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pembangunan Nasional Singapura, Tuan Yang Terutama Dr Mohamad Maliki bin Osman, dan Menteri Negara di Kementerian Pembangunan Nasional Singapura, Tuan Yang Terutama Desmond Lee Ti-Seng serta isteri masing-masing.

Turut mengalu-alukan kehadiran TYT Masagos Zulkifli serta rombongan ialah Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Jaya Ratnam.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar beramah mesra bersama rombongan menteri Singapura di kediaman beliau, kelmarin. - Gambar oleh Muiz Matdani & Imelda Groves HA
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar beramah mesra bersama rombongan menteri Singapura di kediaman beliau, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani & Imelda Groves HA
Yang Berhormat Pehin Haji Hazair dan isteri bergambar ramai bersama rombongan menteri Singapura yang berkunjung ke rumah terbuka beliau.
Yang Berhormat Pehin Haji Hazair dan isteri bergambar ramai bersama rombongan menteri Singapura yang berkunjung ke rumah terbuka beliau.

p03-3_20150721

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, kunjungan raya tersebut menunjukkan persahabatan dan hubungan mesra yang berterusan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

Kedua-dua negara telah pun menjalinkan kerjasama dalam bidang pendidikan sejak sekian lama melalui kumpulan kerja bersama, pertukaran pemimpin sekolah, pendidikan dan pelajar serta program-program pembinaan kapasiti pendidikan dalam pelbagai peringkat.

Sementara itu, dalam kunjungan ke Majlis Rumah Terbuka Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah di Kampung Salambigar, kehadiran rombongan TYT Masagos Zulkifli dialu-alukan oleh Yang Berhormat Pehin dan isteri serta keluarga, bersama pegawai dan kakitangan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sambil beramah mesra, rombongan berkenaan turut disajikan dengan pelbagai hidangan tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA