Kunjungan selamat jalan Atase Pertahanan Indonesia

Kunjungan selamat jalan Atase Pertahanan Indonesia

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Okt –Timbalan Menteri Pertahanan yang baharu, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit menerima kunjungan selamat jalan daripada Atase Pertahanan Indonesia yang akan pergi, Kolonel Sun Suripto di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, petang tadi. Beliau diiringi oleh bakal penggantinya DA, Kolonel (CZI) Widiyanto.

Kolonel Sun Suripto mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi hubungan kerja baik yang telah dinikmati sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di Negara Brunei Darussalam sebagai DA.

Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz juga mengucapkan terima kasih kepada Kolonel Sun Suripto di atas segala kerja dan perkhidmatan yang telah diberikan kepada Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Timbalan Menteri Pertahanan juga mengucapkan selamat maju jaya dalam segala usaha pada masa depan dan mengalu-alukan kedatangan Kolonel (CZI) Widiyanto.

Kementerian Pertahanan serta ABDB bersedia untuk bekerjasama dengan beliau dalam membina hubungan baik seperti ketika tempoh Kolonel Sun Suripto berkhidmat di negara ini.

Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz (kanan) menerima kunjungan selamat tinggal daripada Kolonel Sun Suripto (tengah) dan Kolonel (CZI) Widiyanto (kiri).
Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz (kanan) menerima kunjungan selamat tinggal daripada Kolonel Sun Suripto (tengah) dan Kolonel (CZI) Widiyanto (kiri).
Dato Paduka Seri Mohd Tawih ketika menerima kunjungan Kolonel Sun Suripto (kanan).
Dato Paduka Seri Mohd Tawih ketika menerima kunjungan Kolonel Sun Suripto (kanan).

Sementera itu, Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah pagi tadi juga menerima kunjungan daripada Kolonel Sun Suripto dan Kolonel (CZI) Widiyanto.

Semasa kunjungan itu, Pemerintah ABDB melahirkan rasa gembira Brunei Darussalam dan Republik Indonesia berkongsi hubungan pertahanan yang mesra dan aktif dengan satu sama lain.

Pemerintah ABDB juga mengucapkan terima kasih kepada Kolonel Sun Suripto setelah berkhidmat selama beberapa tahun di negara ini dan mengucapkan tahniah kepada Kolonel (CZI) Widiyanto yang dilantik sebagai Atase Pertahanan yang baharu.

Lawatan itu juga menyentuh mengenai pengukuhan berterusan hubungan pertahanan antara kedua-dua negara dan akan berganding bahu di beberapa lapangan lain yang mungkin untuk kerjasama pertahanan.

Pemerintah ABDB juga mengucapkan selamat sejahtera kepada Kolonel Sun Suripto.

ARTIKEL YANG SAMA