Kunjungi bazar amal MPK Kiulap

Kunjungi bazar amal MPK Kiulap

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Okt – Orang ramai adalah dialu-alukan untuk berkunjung ke bazar jualan amal anjuran Majlis Perundingan Kampung Kiulap pada 26 hingga 30 Oktober ini di Dewan Kemasyarakatan RPN (1) Lambak Kanan.

Jualan amal yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara ini adalah bersempena sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1437.

Persembahan keagamaan dan qasidah; pertandingan mewarna; mewarna muka; seni hena, permainan bauncer, pertunjukan reptilia; persembahan pentas; pertandingan dan pameran membuat kikik; sukan ria dan persembahan maskot adalah antara aktiviti yang memeriahkan suasana bazar.

Bazar ini turut memuatkan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim Kampung Kiulap.