Kunjungi BVF di ICC

Kunjungi BVF di ICC

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Okt – Kira-kira 100 petak jualan, yang menampilkan perniagaan dalam talian dan tempatan serta luar negara, memeriahkan Brunei Vendeur Festival (BVF) yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Perkhidmatan Pengurusan Zack Hardie di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas bermula hari ini hingga 1 November.

Pengurus Brunei Vendeur, Awang Muhammad Zulhardie Hamdan, semasa ditemui memberitahu pelbagai pelbagai barangan daripada makanan dan minuman, pakaian Muslimah, pakaian kanak-kanak dan beberapa barangan wangian dan gajet dengan harga yang berpatutan pada festival selama empat hari itu.

Antara lain tujuan BVF ini adalah untuk memberi peluang kepada peniaga dalam talian dan peniaga tempatan mempromosi produk-produk mereka di samping memberi galakan kepada peniaga dalam talian mengembangkan perniagaan mereka kepada pelanggan di negara ini.

“Selain itu, BVF ini juga adalah untuk melihat sejauh mana kemampuan pihak penganjur mengadakan pesta jualan dalam sekala yang besar,” tambah Awang Muhammad Zulhardie.

Suasana BVF yang mendapat sambutan orang ramai.
Suasana BVF yang mendapat sambutan orang ramai.
Pengunjung yang tidak melepaskan peluang datang ke BVF.
Pengunjung yang tidak melepaskan peluang datang ke BVF.
Antara barangan yang dijual di BVF.
Antara barangan yang dijual di BVF.

Dalam memeriahkan BVF ini, beberapa aktiviti sampingan turut diadakan, antaranya tunjuk cara pemakaian hijab oleh salah seorang peniaga yang menyertai BVF dan peraduan mewarna untuk kanak-kanak yang akan diadakan pada hari Ahad.

Sehubungan itu, ibu bapa dan penjaga adalah dialu-alukan untuk menghantar anak-anak mereka untuk menyertai dalam peraduan mewarna tersebut.

Pesta ini dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam kecuali hari Jumaat dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung semula dari pukul 2 petang hingga 10 malam.

Manakala itu, pada 31 Oktober, BVF dibuka untuk kunjungan orang ramai setelah selesai Majlis Konvokesyen Institut Teknologi Brunei (ITB).

ARTIKEL YANG SAMA