KUPU SB anjur Kursus Pemantapan Aqidah

KUPU SB anjur Kursus Pemantapan Aqidah

BAGI meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai bidang usuluddin dan Aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), telah mengadakan Kursus Pemantapan Aqidah dan Kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah di Dewan Ta’lim, KUPU SB.

Antara para pembentang kursus tersebut.
Antara para pembentang kursus tersebut.

Hadir dalam kursus tersebut ialah Penolong Raes KUPU SB, Dr Abang Hadzmin bin Abang Haji Taha.

Juga hadir ialah dekan-dekan fakulti, pengarah-pengarah pusat, pemangku pendaftar KUPU SB dan staf akademik serta staf bukan akademik.

Antara pengisian dalam kursus yang dikendalikan bersama Fakulti Usuluddin dan Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah KUPU SB itu termasuk pembentangan kertas kerja dan ceramah.

Menurut kenyataan KUPU SB, kursus tersebut merupakan suatu wadah percambahan pemikiran tenaga akademik Fakulti Usuluddin, Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah dan tenaga akademik lain dalam sesuatu topik atau isu yang berkaitan dengan ilmu Usuluddin dan akidah.

Objektif program adalah untuk memantapkan kefahaman Aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah dalam kalangan tenaga akademik dan bukan akademik serta semua warga KUPU SB.

ARTIKEL YANG SAMA