KUPU SB anjur Majlis Doa Kesyukuran Hari Kebangsaan ke-32

KUPU SB anjur Majlis Doa Kesyukuran Hari Kebangsaan ke-32

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Feb – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) turut tidak ketinggalan memohon keselamatan, kesejahteraan serta keberkatan daripada Allah S.W.T agar Negara Brunei Darussalam sentiasa aman damai, makmur serta sejahtera dengan mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32.

Majlis anjuran Unit Kerohanian Bahagian Hal Ehwal Pelajar KUPU SB itu berlangsung di Surau KUPU SB, hari ini, dan hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Ra’es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar.

Seramai 250 orang yang terdiri daripada para pegawai utama, pensyarah, kakitangan serta para pelajar KUPU SB hadir pada majlis berkenaan.

Majlis juga antara lain bertujuan bagi menanam semangat patriotik dalam kalangan pelajar-pelajar KUPU SB, menerapkan dan menimbulkan rasa cinta kepada tanah air Brunei Darussalam, serta bagi mendokong falsafah negara Melayu Islam Beraja.

Pemangku Ra’es KUPU SB bersama jemputan yang lain menunaikan sembahyang Sunat Hajat berjemaah.
Pemangku Ra’es KUPU SB bersama jemputan yang lain menunaikan sembahyang Sunat Hajat berjemaah.
Antara yang hadir pada majlis berkenaan.
Antara yang hadir pada majlis berkenaan.

Terdahulu, majlis telah dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah yang telah diimamkan oleh Dr. Haji Adanan, diikuti dengan sembahyang Sunat Hajat berjemaah yang diimamkan oleh Imam Surau KUPU SB, Pengiran Haji Mahmud bin Pengiran Haji Othman.

Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Ketua Unit Kerohanian, KUPU SB, Haji Manan bin Haji Osman dan Doa Kesyukuran Khas Hari Kebangsaan ke-32 yang dibacakan oleh Dr. Haji Adanan.

Majlis diakhiri dengan sembahyang Fardu Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Haji Manan.

ARTIKEL YANG SAMA