KUPU SB anjur Majlis Tausiah Ramadan

KUPU SB anjur Majlis Tausiah Ramadan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jun – Bagi menyemarakkan lagi aktiviti keagamaan di sepanjang bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah menganjurkan Majlis Tausiah Ramadan dan Pembukaan Tadarus bagi tahun 1437 Hijrah yang berlangsung di surau siswa kolej berkenaan hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan Tausiah Ramadan itu ialah Pemangku Raes Kolej Dr. Haji Adanan bin Haji Basar. Seramai 150 peserta menghadiri majlis tersebut termasuk pegawai utama, penolong pensyarah, kakitangan kolej berkenaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan tadarus Al-Quran dari Juz 1 Surah Al-Baqarah dan diakhiri dengan bacaan doa selamat dan Doa Peliharakan Sultan yang dipimpin oleh Iman Surau KUPU SB, Pengiran Haji Mahmud bin Pengiran Haji Othman.

Tujuan majlis itu diadakan adalah untuk menghayati dan mencintai bulan suci Ramadan yang penuh dengan nikmat kerahmatan dan keampunan, selain menyemai ketakwaan dalam kalangan warga KUPU SB di bulan Ramadan ini.

Antara yang menyertai Majlis Tausiah Ramadan dan Tadarus KUPU SB.
Antara yang menyertai Majlis Tausiah Ramadan dan Tadarus KUPU SB.

ARTIKEL YANG SAMA