KUPU SB, AsTEN meterai MoU

KUPU SB, AsTEN meterai MoU

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 April – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan AsTEN (Association of Southeast Asian Teacher Education Network) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) baru-baru ini, yang diadakan di Universiti Kemanusiaan dan Sains Sosial, Ho Chi Minh City, Vietnam.

Hadir menandatangani bagi pihak KUPU SB ialah Pemangku Ra’es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar dan Dr. Ester B. Ogena bagi pihak AsTEN yang juga selaku Pengerusi AsTEN.

Dengan termeterainya MoU berkenaan,KUPU SB akan dapat menjadi penggerak di dalam menjayakan program pendidikan perguruan ugama Islam di rantau ASEAN selaras dengan visi dan misi KUPUSB iaitu untuk mencapai kecemerlangan ilmu perguruan agama yang terbilang di alam Melayu bertaraf Antarabangsa.

Dr. Haji Adanan dan Dr. Ester B. Ogena ketika menandatangani MoU di Vietnam.
Dr. Haji Adanan dan Dr. Ester B. Ogena ketika menandatangani MoU di Vietnam.
Dr. Haji Adanan dan Dr. Ester B. Ogena bergambar ramai bersama wakil-wakil daripada kedua belah pihak.
Dr. Haji Adanan dan Dr. Ester B. Ogena bergambar ramai bersama wakil-wakil daripada kedua belah pihak.

Di samping itu, keahlian KUPU SB dalam AsTEN juga merupakan satu pengiktirafan yang diberikan kepada KUPUSB sebagai Institusi Tinggi Perguruan Ugama di rantau ini yang bukan saja dapat memartabatkan pengajian perguruan ugama malah dalam melahirkan pendidik yang berjati diri melalui pengintegrasian ilmu, latihan dan kajian berasaskan prinsip dan nilai Islam.

AsTEN merupakan satu pertubuhan rangkaian yang menjadi penghubung kepada institusi-institusi pengajian tinggi pendidikan di ASEAN.

Ahli-ahli AsTEN terdiri daripada universiti-universiti pendidikan di rantau ASEAN termasuk Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan sebagai mewakili Negara Brunei Darussalam yang akan bekerjasama dalam isu-isu pendidikan terutama sekali yang berkaitan dengan pendidikan keguruan.

Pada masa yang sama dapat menjalinkan kerjasama di dalam penyelidikan keguruan di antara ahli-ahli AsTEN.

ARTIKEL YANG SAMA