KUPU SB ikuti sukan staf IPT Borneo

KUPU SB ikuti sukan staf IPT Borneo

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 April – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) hari ini menghantar rombongan bagi menyertai Kejohanan Sukan Persahabatan Staf IPT Borneo 2016 yang akan berlangsung di Universiti Malaysia Sabah pada 20 hingga 23 April 2016.

Sehubungan dengan itu, majlis penyerahan bendera dan doa selamat diadakan di ruang lobi KUPU SB dan hadir bagi menyerahkan bendera KUPU SB ialah Penolong Ra’es KUPU SB, Dr. Abang Haji Hadzmin bin Abang Haji Taha kepada Ketua Kontinjen, Awang Azman bin Haji Kassim.

Pada majlis itu Awang Azman semasa ditemui menjelaskan, atlet KUPU SB yang menyertai kejohanan ini telah menjalani beberapa latihan sama ada berkumpulan atau perseorangan sebagai persediaan untuk sukan staf ini.

Kejohanan Sukan Persahabatan Staf IPT Borneo merupakan penyertaan kali kedua KUPUSB di mana penyertaan pertama KUPU SB di Kuching, Sarawak yang mana kejohanan ini dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kelolaan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Penyerahan bendera KUPUSB oleh Dr. Abang Haji Hadzmin kepada Awang Azman.
Penyerahan bendera KUPUSB oleh Dr. Abang Haji Hadzmin kepada Awang Azman.

Beliau seterusnya menjelaskan, antara lain tujuan sukan ini adalah untuk memperkukuhkan dan mengeratkan hubungan KUPU SB dengan IPT seborneo di samping mewujudkan semangat persaingan positif dalam kalangan peserta.

Selain membina daya tahan dan meningkatkan keyakinan diri serta semangat berpasukan yang tidak mengira pangkat dan kedudukan.

Beliau seterusnya berharap sukan ini menjalinkan persahabatan antara staf universiti di samping akan ada kerjasama di dalam bidang yang lain selain sukan.

Rombongan dari KUPU SB itu disertai oleh 11 orang atlet yang akan menyertai empat sukan yang dipertandingkan iaitu sukan golf, badminton, ping pong dan tenpin boling.