KUPU SB sambut ulang tahun ke-9

KUPU SB sambut ulang tahun ke-9

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Okt – Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-9 , Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran, Membaca Yasin dan Solat Sunat Hajat berjemaah di Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ra’es KUPU SB, Dr. Hajah Masnon binti Haji Ibrahim.

Turut hadir ialah para pensyarah, pegawai, mahasiswa dan mahasiswi serta kakitangan KUPU SB.

Acara dimulakan dengan sembahyang Sunat Hajat yang diimamkan oleh Imam Surau KUPU SB, Pengiran Haji Muhammad bin Pengiran Haji Osman yang diteruskan dengan bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Penolong Pensyarah KUPU SB, Haji Muhammad Shahrulazmi bin Abdulmuluk.

Kemudian doa kesyukuran dibacakan oleh Penolong Pensyarah Fakulti Syariah, Awang Azman bin Haji Kasim sebelum diselajurkan dengan solat fardu Zohor berjemaah yang diimamkan oleh Imam Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi.

Di kalangan warga KUPU SB semasa menunaikan sembahyang berjemaah.
Di kalangan warga KUPU SB semasa menunaikan sembahyang berjemaah.