KUPU SB semarakkan Israk Mikraj

KUPU SB semarakkan Israk Mikraj

Oleh Mohamad Asyramiyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah mengadakan majlis sambutan Israk Mikraj 1436H/2015 di Dewan Tarbiah kolej berkenaan, di ibu negara, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ra’es KUPU SB, Doktor Hajah Masnun binti Haji Ibrahim yang turut berkesudian menyampaikan cenderahati kepada warga KUPU SB yang terlibat dalam majlis sambutan itu.

Zikir Asmaul Husna membuka tirai majlis sebelum diteruskan dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, Doktor Hajah Siti Zanah binti Haji Besar.

Agenda majlis diteruskan lagi dengan ceramah khas dan persembahan pantomin ‘Sembahyang Penyelamat Kita’ yang kemudian diakhiri dengan bacaan doa kesyukuran.

Sambutan Israk Mikraj kolej berkenaan tahun ini, dianjurkan dan dijayakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar KUPU SB.

Tetamu kehormat menyampaikan cenderahati kepada warga KUPU SB yang terlibat dalam majlis berkenaan.
Tetamu kehormat menyampaikan cenderahati kepada warga KUPU SB yang terlibat dalam majlis berkenaan.
Antara mereka yang hadir di majlis sambutan Israk Mikraj itu, kelmarin.
Antara mereka yang hadir di majlis sambutan Israk Mikraj itu, kelmarin.