KUPU SB terima kunjungan hormat

KUPU SB terima kunjungan hormat

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mei – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) baru-baru ini telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Ahmed Ali Sirohey.

Mengalu-alukan kunjungan ialah Pemangku Ra’es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar yang seterusnya memimpin bacaan Surah Al-Fatihah.

Ia kemudian diikuti dengan taklimat pengenalan KUPU SB yang disampaikan oleh Pengarah Pejabat Antarabangsa dan Perhubungan Awam, KUPU SB, Awang Mohammad Hilmy Baihaqy bin Haji Awang Yussof.

Dalam kunjungan itu, pihak Suruhanjaya Pakistan dengan berbesar hati turut menyatakan kesediaan mereka untuk membantu menjalinkan berbagai-bagai kerjasama dengan mana-mana institusi di Republik Islam Pakistan yang bersesuaian dengan program yang ditawarkan di KUPU SB.

Ahmed Ali Sirohey bergambar ramai bersama para pegawai utama KUPU SB.
Ahmed Ali Sirohey bergambar ramai bersama para pegawai utama KUPU SB.

Antara matlamat kunjungan tersebut adalah untuk melihat program-program akademik yang ditawarkan oleh KUPU SB serta berbincang mengenai peluang kerjasama yang dapat dimanfaatkan antara KUPU SB dan beberapa buah universiti serta institusi pengajian tinggi pendidikan di Pakistan.

Turut hadir ialah Penolong Ra’es KUPU SB, Dr. Abang Haji Hadzmin bin Abang Haji Taha; Pemangku Pendaftar KUPU SB, Pengiran Anak Haji Damit Baharuddin bin Pengiran Anak Saifuddin, serta pegawai-pegawai KUPU SB yang lainnya.

ARTIKEL YANG SAMA