KUPU SB terima kunjungan Indonesia

KUPU SB terima kunjungan Indonesia

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) hari ini, menerima kunjungan empat pegawai Institusi Agama Islam Negeri (IAIN) Bukit Tinggi Indonesia yang bertandang untuk meneroka peluang kerjasama terutama dalam bidang pendidikan dan penyelidikan antara kedua-dua buah institusi pengajian tinggi itu.

Rombongan dari IAIN yang terdiri daripada Rektor IAIN Bukittinggi, Dr. Ridha Ahida M.Hum; Timbalan Rektor (Kewangan Pentadbiran), Novi Hendri M.Ag; Pengarah Program Pascaragan IAIN Bukittinggi, Dr. H Ismail dan Pengetua Urusan Hubungan Masyarakat, Irwandi M.Pd.

Mereka dialu-alukan oleh Pemangku Ra’es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Besar, Pemangku Timbalan Ra’es KUPU SB, Dr. Abang Haji Hadzim bin Haji Taha serta pegawai dan kakitangan KUPU SB yang lain.

Rombongan dari IAIN mendengarkan taklimat pengenalan mengenai latar belakang KUPU SB dan sistem pendidikan KUPU SB.
Rombongan dari IAIN mendengarkan taklimat pengenalan mengenai latar belakang KUPU SB dan sistem pendidikan KUPU SB.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KUPU SB di sini, lawatan berkenaan antara lain bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kedua-dua pihak, mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan program yang ditawarkan oleh KUPU SB, dan melihat peluang kerjasama dalam pelbagai bidang.

Semasa lawatan itu, mereka diberi taklimat mengenai latar belakang KUPU SB serta kursus-kursus yang ditawarkan oleh KUPU SB dan seterusnya bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai perkara yang berkepentingan bersama.

ARTIKEL YANG SAMA