KUPU SB terima rombongan UNISZA, Terengganu

KUPU SB terima rombongan UNISZA, Terengganu

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Feb – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), hari ini, telah menerima lawatan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Terengganu, Malaysia.

Kunjungan seramai 18 mahasiswa UNISZA itu diiringi oleh dua pensyarah dengan pimpinan Pensyarah Fakulti Undang-undang dan Perhubungan Antarabangsa UNISZA, Ahmad Sharif bin Haron.

Ketibaan rombongan disambut oleh Dekan Fakulti Syariah KUPU SB, Dr Hajah Noor Hira binti Haji Noor Kaseh, timbalan dekan Fakulti Syariah serta para pensyarah KUPU SB.

Semasa lawatan itu, para tetamu diberikan taklimat mengenai latar belakang penubuhan KUPU SB, bidang kursus serta program-program pendidikan yang ditawarkan, matlamat dan misi KUPU SB oleh Dr Hajah Noor Hira, bertempat di Dewan Ta’alim, KUPU SB.

Kalangan mahasiswa UNISZA yang menyertai lawatan ke negara ini.
Kalangan mahasiswa UNISZA yang menyertai lawatan ke negara ini.
Dr. Hajah Noor Hira (tengah) dan Ahmad Sharif pada sesi taklimat mengenai KUPU SB dan UNISZA.
Dr. Hajah Noor Hira (tengah) dan Ahmad Sharif pada sesi taklimat mengenai KUPU SB dan UNISZA.

Taklimat beliau disusuli pula dengan taklimat pengenalan mengenai UNISZA oleh Ahmad Sharif sebelum para tetamu menjamu selera dengan jamuan ringan.

Lawatan mahasiswa UNISZA itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara KUPU SB dan UNISZA yang terjalin sejak sekian lama, terutama untuk mengetahui dengan lebih lanjut program-program yang ditawarkan oleh KUPU SB.

ARTIKEL YANG SAMA