Kurang motivasi punca dipecat

Kurang motivasi punca dipecat

BERLIN, 23 Dis (AFP) – Bakal pengendali Bayern Munich, Carlo Ancelotti percaya kurangnya motivasi dalam skuad lamanya Chelsea menyebabkan Jose Mourinho dipecat.

Mourinho dipecat minggu lalu dengan Chelsea tergelincir menghampiri zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris, hanya tujuh bulan selepas menjuarai gelaran berkenaan.

“Apabila semuanya berjalan lancar, timbul risiko bersantai: apabila keadaan mula tidk terkawal, jelas sekali keyakinan mula hilang,” kata Ancelotti.

“Pengendali perlu sentiasa mengekalkan keseimbangan antara kedua-duanya, meningkatkan tahap keyakinan terutama ketika perancangan tidak menjadi.

“Ini antara perkara yang perlu ditanggung Mourinho, hakikatnya pasukan tidak bermula seperti tahun lalu di mana mereka mempunyai keazaman tinggi untuk berjaya selepas tahun yang kurang baik.

Penyokong Jose Mourinho membawa bendera sebagai sokongan kepada bekas pengurus kelab mereka sebelum perlawanan liga antara Chelsea dan Sunderland di Stamford Bridge pada 19 Disember lalu. – AFP
Penyokong Jose Mourinho membawa bendera sebagai sokongan kepada bekas pengurus kelab mereka sebelum perlawanan liga antara Chelsea dan Sunderland di Stamford Bridge pada 19 Disember lalu. – AFP

“Tahun ini situasi sebaliknya berlaku, dia menerima padah akibat kurangnya motivasi dalam kalangan pemain-pemain.”

Ancelotti memang cukup faham dengan pemecatan di Stamford Bridge – dia memenangi dua kejuaraan pada musim pertamanya di Chelsea dari tahun 2009 hingga 2010, tetapi dipecat pada penghujung musim berikutnya selepas menamatkan kempen di tangga kedua.

Pengendali 56 tahun dari Itali itu akan mengambil alih Bayern akhir musim ini untuk tempoh tiga tahun bagi menggantikan Pep Guardiola, yang mengumumkan akan meletak jawatan.

ARTIKEL YANG SAMA