Kurang peralatan moden halang siasatan

Kurang peralatan moden halang siasatan

BANGKOK, 23 Ogos (Reuters) – Hampir seminggu selepas satu kejadian pengeboman di Thailand yang mengorbankan 20 orang, pihak berkuasa nampaknya masih belum lagi dapat mengenal pasti tersangka atau pun motif, dengan pihak polis hari ini mengatakan kekurangan peralatan moden menghalang penyiasatan mereka.

Letupan pada Isnin lalu di salah sebuah kuil paling terkenal di bandar itu, yang penuh dengan para pengunjung Asia, tidak dapat dielakkan akan menjejaskan industri pelancong, salah industri paling cerah bagi ekonomi.

Kesusahan ekonomi boleh melemahkan kerajaan tentera ketika ia mengemudi negara itu ke arah pilihan raya tahun depan di bawah perlembagaan baru yang menurut para pengkritik tidak akan menamatkan pergolakan politik ang berterusan selama sedekad.

Bukti paling kukuh nampaknya rakaman CCTV yang berbintik-bintik yang menunjukkan seorang lelaki muda yang meninggalkan beg galas di kuil Erawan sebelum letupan itu.

Dia menghilangkan diri di malam hari dengan motosikal teksi.

Pihak berkuasa telah mengeluarkan kenyataan mengelirukan dan kadangkala bercanggah tentang penampilan tersangka, bilangan rakan sejenayah yang mungkin tersangka itu ada dan kemungkinan penglibatan warga asing.

Ketua polis negara Somyot Pumpanmuang berkata perkembangan dicapai tetapi kekurangan peralatan adalah masalah.

“Kami tidak mempunyai alat moden untuk membantu kerja kami, kami mempunyai kesukaran dengan teknologi dan data,” dia memberitahu para pemberita, tanpa mengulas lebih lanjut. “Kami terpaksa menunggu kerjasama dari luar, untuk datang dan membantu dengan peralatan ini.”

Pihak polis juga sedang menyiasat satu lagi rakaman CCTV yang mungkin memberi bukti tentang siapa yang bertanggung jawab bagi letupan kecil itu pada hari Selasa di sebuah jet sungai yang tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.