Kurdis Iraq bersiap tawan Sinjar

Kurdis Iraq bersiap tawan Sinjar

BAGHDAD, 13 Nov (AFP) – Pasukan Kurdis Iraq yang dibantu oleh serangan udara diketuai AS dan pengesan daratan hari ini bersiap sedia untuk bergerak memasuki Sinjar dalam operasi besar untuk menawan semula bandar itu dari kumpulan Islam IS, menurut para pegawai.

Operasi itu, yang diketuai oleh pasukan peshmerga rantau autonomi Kurdis dan juga melibatkan para pejuang dari minoriti Yazidi telah menjadi sasaran kejam IS, telah berjaya memutuskan perhubungan utama bekalan pejuang jihad melalui bandar itu ke negara jiran, Syria semalam.

“Pasukan kami yang berani akan memasuki bandar itu dan pasukan-pasukan jurutera akan mengalihkan IED,” kata majlis keselamatan rantau Kurdis (KRSC), merujuk kepada bahan letupan improvisasi.

“Matlamat utama – untuk masuk dan membersihkan Sinjar – akan dijalankan kelak.”

Pejuang Kurdish Iraq memandang kempulan asap yang datang daripada serangan tentera Iraq Kurdish yang disokong oleh serangan AS di Sinjar. – AFP
Pejuang Kurdish Iraq memandang kempulan asap yang datang daripada serangan tentera Iraq Kurdish yang disokong oleh serangan AS di Sinjar. – AFP

Ketua tentera Yazidi, Qassem Shesho memberitahu AFP bahawa kesemua laluan utama ke Sinjar telah ditutup dan pasukan jurutera tentera berusaha mengalihkan bahan letupan yang ditanam oleh IS – salah satu taktik pejuang jihad yang membawa maut.

Kolonel Steve Warren, jurucakap operasi antarabangsa memerangi IS memberitahu AFP bahawa “Hari ini, mereka akan terus menyerang dan mereka akan terus semakin dekat ke Sinjar.

Sinjar ‘pada dasarnya telah diputuskan, sama ada oleh kakitangan sebenar atau tembakan,” kata Warren merujuk kepada serangan udara diketuai AS.

ARTIKEL YANG SAMA