Kurdis Iraq cuba rampas Sinjar dari IS

Kurdis Iraq cuba rampas Sinjar dari IS

GUNUNG SINJAR, Iraq, 12 Nov (AFP) – Pasukan Kurdis Iraq hari ini melancarkan operasi besar-besaran ke atas kumpulan Islam IS di bandar Sinjar, yang terletak di hubungan bekalan utama bagi pejuang jihad, menurut seorang pegawai kanan.

“Serangan bermula 7 pagi dan pasukan Peshmerga Kurdis mara di beberapa paksi untuk membebaskan tengah daerah Sinjar,” Major Jeneral Ezzeddine Saadun memberitahu AFP.

Kepulan asap menjulang di ruang udara bandar itu dari serangan pasukan bersekutu yang diketuai AS dan bedilan Kurdis ke atas kedudukan IS di SInjar, menurut seorang wartawan AFP.

Sinjar terletak di hubungan utama bekalan IS yang menghubungkan Mosul, pusatnya di Iraq, dengan Syria yang mana ia juga menguasai beberapa kawasan besar di wilayah itu.

Tentera Kurdish Iraq mengambil bahagian dalam satu operasi yang disokong oleh serangan AS di Sinjar. – AFP
Tentera Kurdish Iraq mengambil bahagian dalam satu operasi yang disokong oleh serangan AS di Sinjar. – AFP

Memutuskan hubungan itu memberi tamparan hebat kepada kemampuan para pejuang jihad untuk menggerakkan para pejuang dan bekalan antara kedua-dua negara.

Majlis keselamatan autonomi rantau Kurdis berkata sehingga 7,500 anggota pejuang peshmerga akan terlibat dalam operasi ini, yang bertujuan merampas semula Sinjar ‘ dan membentuk zon penampan untuk melindungi bandar itu dan penduduknya dari bedilan yang datang.”

IS menguasai kawasan Sinjar pada Ogos 2014, mensasarkan anggota-anggota minoriti agama Yazidi dalam kempen kejam dengan pembunuhan, penghambaan dan rogol yang disifatkan oleh PBB sebagai genosid.

Beribu-ribu kaum Yazidi terperangkap di Gunung Sinjar yang berhadapan bandar itu, dan membantu mereka adalah salah satu kewajaran utama Washington bagi memulakan kempen udaranya menentang IS pada tahun lalu.

ARTIKEL YANG SAMA