Kurdish, AS bebas 70 tahanan IS

Kurdish, AS bebas 70 tahanan IS

WASHINGTON, 23 Okt (AFP) – Tentera Kurdish dan AS menyerbu sebuah penjara Islamic State di utara Iraq semalam, membebaskan sekitar 70 tahanan yang menghadapi hukuman mati tidak lama lagi, kata Pentagon.

Seorang tentera AS maut akibat kecederaan yang dialami ketika operasi awal pagi, yang merupakan orang pertama yang terbunuh dalam perkhidmatan sejak kempen yang diketuai AS ke atas IS bermula di Iraq pada Jun 2014.

Lima militan IS ditahan dan beberapa yang lain terbunuh dalam serbuan itu di sebuah kawasan berhampiran Hawijah, kata setiausaha akhbar Pentagon, Peter Cook.

“Operasi ini memang dirancang dan dilancarkan selepas menerima maklumat bahawa tebusan akan menghadapi hukuman mati besar-besaran,” kata Cook dalam kenyataan.

Serbuan Hawijah menandakan pelanggaran jelas dengan modus operandi biasa tentera AS, di mana di Iraq untuk menyokong tentera kerajaan tetapi tidak secara langsung terlibat dalam peperangan sejajar dengan dadar ‘tiada jejak di tanah’ Presiden Barack Obama.

Cook mengetepikan sebarang gambaran bahawa ini memberikan isyarat perkembangan peranan AS di Iraq.

“Ini adalah situasi yang unik,” katanya, yang menambah bahawa misi itu menerima lampu hijau oleh Setiausaha Pertahanan, Ashton Carter, dan Rumah Putih dimaklumkan.

“Kami meminta bagi bantuan” oleh kerajaan Kurdish, kata Cook, yang menekankan bahawa “AS tidak berada dalam misi peperangan aktif di Iraq.”

Penduduk memberitahu AFP bahawa beberapa buah helikopter Chinook terlibat dalam serbuan itu dan beberapa pos pemeriksaan yang dikendalikan AS dalam kawasan itu dijadikan sasaran oleh serangan udara.