Kurnia Peribadi KDYMM akan dimanfaatkan sebaik-baiknya

Kurnia Peribadi KDYMM akan dimanfaatkan sebaik-baiknya

Oleh Siti Nur Wasimah S & Syahmi Hassan

Gambar oleh Siti Nur Wasimah S, Syahmi Hassan & Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Senyuman manis penuh dengan keriangan dan kegembiraan jelas sekali terukir di wajah-wajah penerima-penerima Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika ditemui hari ini di Istana Nurul Iman.

Salah seorang penerima, Awang Azman bin Ma’arof, 40, dari Perpindahan Katok telah melahirkan perasaan gembira dan senang hati kerana dapat membelanjakan kemahuan anak-anak beliau dan turut menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia kerana kurnia peribadi ini, yang menurutnya, banyak membantu kehidupan beliau.

Menurutnya lagi, beliau yang menanggung enam orang anak yang masih bersekolah, telah mula menerima kurnia peribadi ini pada dua tahun yang lepas.

Beliau yang masa ini juga bekerja di sektor kerajaan menyatakan, dengan kurnia yang diberikan ini akan digunakan untuk perbelanjaan anak-anak bersekolah dan keperluan membeli barang-barang asasi.

Manakala itu, bagi Dayang Rosnah binti Awang Haji, 54, dari Kampung Saba Darat A, Kampong Ayer, beliau mula menerima kurnia peribadi Baginda Sultan bermula pada tahun 2010.

Antara penerima-penerima yang hadir pada majlis penyampaian derma di Daerah Temburong.
Antara penerima-penerima yang hadir pada majlis penyampaian derma di Daerah Temburong.
Pendaftaran para penerima kurnia peribadi Baginda Sultan di Daerah Temburong.
Pendaftaran para penerima kurnia peribadi Baginda Sultan di Daerah Temburong.

pg04_160630_h

Beliau memberitahu pihak media bahawa beliau sangat bergantung kepada kurnia yang diberikan dan juga bantuan daripada bahagian kebajikan sebagai pendapatan setiap bulan.

“Saya sering kali menggunakan duit kurnia ini untuk membuat persiapan Hari Raya yang akan menjelang tiba tidak lama lagi dan separuh juga disimpan bagi keperluan di masa akan datang,” ujarnya dengan tidak lupa menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Selain penerima beragama Islam, penduduk berbangsa Cina tempatan turut menerima Kurnia Peribadi Baginda Sultan, dan salah seorang daripadanya ialah Wong Wai Chee, 62, dari Daerah Brunei dan Muara yang memberitahu pihak Media Permata bahawa beliau menerima kurnia bagi kategori bantuan kebajikan bulanan dan telah mula menerima lebih 10 tahun yang lalu.

Menurutnya, kurnia yang diberikan ini akan dimanfaatkan dan digunakan untuk pembelian barang-barang keperluan beliau dan empat orang anaknya serta digunakan untuk pembayaran bil-bil seperti bil telefon, sewa rumah dan sebagainya.

Beliau yang berasal dari Kampung Rimba melahirkan perasaan terima kasih dan menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia kerana memberikan kurnia peribadi Baginda dalam usaha untuk membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira umur, bangsa dan agama.

Turut mengongsi kegembiraan ialah Dayang Adrinah binti Merali, 28, yang datang bersama dua orang anaknya dan berasal dari Kampung Bolkiah.

Awang Japer menjunjung kasih kehadapan majlis KDYMM atas kurnia yang diberikan.
Awang Japer menjunjung kasih kehadapan majlis KDYMM atas kurnia yang diberikan.
Dayang Rosnah mula menerima Kurnia Peribadi KDYMM bermula pada tahun 2010.
Dayang Rosnah mula menerima Kurnia Peribadi KDYMM bermula pada tahun 2010.
Dayang Adrinah bersama anak-anak beliau.
Dayang Adrinah bersama anak-anak beliau.

Beliau yang menanggung kehidupan empat orang anaknya, telah mula menerima kurnia peribadi Baginda Sultan sejak tujuh tahun yang lalu dan berkata kurnia yang diterima itu akan digunakan bagi keperluan Hari Raya yang bakal menjelang tiba dan selebihnya juga disimpan untuk perbelanjaan sekolah anak-anak dan perbelanjaan harian.

Beliau tidak mempunyai pekerjaan pada masa ini dan hanya bergantung kepada bantuan kebajikan dan juga kurnia peribadi Baginda Sultan.

“Saya ingin menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kurnia peribadi ini. Kami amat gembira kerana dapat menampung perbelanjaan Hari Raya, perbelanjaan harian dan keperluan anak-anak sekolah.”

Beliau juga mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia kekal karar memerintah negara dan dipanjangkan umur serta sentiasa sihat walafiat.

Adik Dayang Adrina, Dayang Noraidah binti Merali, 27, turut menerima kurnia peribadi Baginda Sultan dan semasa ditemui, katanya, beliau mula menerima kurnia peribadi sejak beberapa tahun yang lalu dan menanggung seorang anak.

Menurutnya, kurnia yang diterima itu akan digunakan untuk perbelanjaan hari raya dan selebihnya akan disimpan bagi perbelanjaan akan datang.

Beliau turut meluahkan perasaan gembira kerana masih dapat menerima kurnia peribadi Baginda Sultan kerana beliau hanya bergantung kepada bantuan kebajikan untuk perbelanjaan bulanan.

Dayang Noraidah juga tidak lupa untuk menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas kurnia yang diberikan itu.

Dayang Noraidah berasa bersyukur atas Kurnia Peribadi KDYMM.
Dayang Noraidah berasa bersyukur atas Kurnia Peribadi KDYMM.
Awang Azman semasa ditemui Media Permata di Istana Nurul Iman.
Awang Azman semasa ditemui Media Permata di Istana Nurul Iman.
Wong Wai Chee semasa ditemui Media Permata di Istana Nurul Iman.
Wong Wai Chee semasa ditemui Media Permata di Istana Nurul Iman.

Seorang lagi penerima kurnia yang ditemui ialah Awang Japer bin Matusin, 67, turut mengucapkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas kurnia yang diberikan itu, kerana sekurang-kurangnya ia dapat digunakan untuk perbelanjaan persiapan hari raya.

Manakala itu, di Daerah Temburong, wartawan Media Permata turut berkesempatan menemui beberapa orang penerima yang terdiri daripada golongan anak yatim dan juga fakir miskin di daerah berkenaan.

Salah seorang daripadanya ialah anak yatim, Awang Mohd Helmin bin Yahya, 17, yang turut menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas kurnia peribadi Baginda di bulan Ramadan ini.

“Kurnia Kebawah Duli ini sedikit sebanyak dapat menolong saya bagi kegunaan masa akan datang terutama bagi kegunaan sekolah pada tahun hadapan dan juga bagi kegunaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang ini,” ujarnya.

Awang Khairuldedi Abdul Wahab turut menyuarakan perasaan bersyukur dan berkata, walaupun tidak memohon bagi kurnia ini, “namun telah dipilih oleh ketua kampung kami, dan yang demikian memang timbul rasa bersyukur.”

Beliau yang terdiri daripada golongan fakir miskin menjelaskan bahawa dengan gaji sebanyak $600 sebulan dengan titik peluh beliau bekerja di UBD Corp, bagi menampung anak-anak beliau seramai empat orang dan juga isterinya, memang tidak mencukupi.

“Dengan kurnia ini, sedikit sebanyak dapat menolong kami sekeluarga dalam kehidupan seharian kami.”

Rasa syukur turut diluahkan seorang lagi penerima daripada golongan fakir miskin, Dayang Salmah binti Haji Kamis, 56, dengan berkata, “Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia memang banyak membantu kami anak-beranak selama ini. Selain kurnia ini, saya juga menerima pertolongan daripada pihak kebajikan.”

Beliau yang mempunyai dua orang anak menjelaskan bahawa dengan kurnia berkenaan, dapat membantu anak beliau dalam pembelajaran mereka terutama kepada salah seorang anaknya yang kini sedang meneruskan pelajaran di peringkat sarjana.

ARTIKEL YANG SAMA