Kurnia Surat Watikah Pelantikan

Kurnia Surat Watikah Pelantikan

Oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mac – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang tadi berkenan mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan menerima Surat-Surat Tauliah Pelantikan ketua-ketua perwakilan luar negeri yang baru dilantik ke Negara Brunei Darussalam.

Majlis berlangsung di Istana Nurul Iman.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Dato Seri Setia Haji Yusoff bin Haji Ismail.

Baginda seterusnya berkenan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Tuan Yang Terutama Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman; Duta Besar Thailand, Tuan Yang Terutama Biravij Suwanpradhes; dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai.

pg01_160324_a

Baginda Sultan berkenan menerima mengadap TYT Dato Seri Setia Haji Yusoff.
Baginda Sultan berkenan menerima mengadap TYT Dato Seri Setia Haji Yusoff.
Atas ke bawah: Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada TYT Datuk Ghulam Jelani; TYT Biravij Suwanpradhes dan TYT Lim Hong Huai.
Atas ke bawah: Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada TYT Datuk Ghulam Jelani; TYT Biravij Suwanpradhes dan TYT Lim Hong Huai.

pg03_160324_c

pg03_160324_d

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Dato Seri Setia Haji Yusoff yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.

Baginda seterusnya berkenan menerima mengadap secara berasingan ketua-ketua perwakilan luar negeri yang baru dilantik ke Negara Brunei Darussalam.

Tuan Yang Terutama Datuk Ghulam Jelani pernah berkhidamat sebagai Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Sabah; Tuan Yang Terutama Biravij Suwanpradhes pula pernah berkhidmat sebagai Duta Bertugas di Kementerian Luar Negeri Thailand manakala Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai, pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Asia Tenggara I, Kementerian Luar Negeri Republik Singapura.

ARTIKEL YANG SAMA