Kursus amali ibadat Haji Jumaat ini

Kursus amali ibadat Haji Jumaat ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Julai – Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama memaklumkan bahawa Kursus Amali (Praktikal) Ibadat Haji bagi Bakal Jemaah Haji tahun ini akan diadakan pada hari Jumaat 22 Julai bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah bermula jam 7:30 pagi.

Sehubungan itu, semua bakal jemaah Haji Negara Brunei Darussalam yang terpilih untuk menunaikan ibadat haji bagi musim Haji tahun 1437H/2016M adalah dikehendaki hadir bagi mengikuti kursus tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA