Kursus ibadat haji bermula esok

Kursus ibadat haji bermula esok

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Bakal-bakal jemaah Haji yang terpilih untuk menunaikan ibadat Haji bagi Musim Haji Tahun 1437H/2016M dimaklumkan bahawa kursus ibadat Haji akan diadakan mulai 14 Rejab 1437H bersamaan 22 April 2016M hingga 22 Syaaban 1437H bersamaan 29 Mei 2016.

Kursus berkenaan akan diadakan setiap Jumaat dan Ahad iaitu pada 22, 24 dan 29 April serta 1, 13, 15, 20, 22, 27 dan 29 Mei 2016, dari jam 8 hingga 10 pagi.

Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam kenyataannya, hari ini, memberitahu bahawa pusat-pusat kursus berkenaan adalah Sekolah Ugama Lambak Kanan, Kampung Lambak Kanan; Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Khalthum Al-Islam, Kampung Mulaut; Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, Berakas; Sekolah Ugama Sungai Besar, Kampung Sungai Besar.

Manakala, Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Kuala Belait; Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain, Daerah Tutong; dan Sekolah Persediaan Arab Temburong, Daerah Temburong.

Sehubungan itu, semua bakal-bakal Haji yang terpilih dikehendaki hadir untuk mengikuti kursus-kursus yang telah diaturkan di pusat-pusat kursus yang telah disebutkan di atas.

ARTIKEL YANG SAMA