Kursus jahitan IBTE dibuka sekarang

Kursus jahitan IBTE dibuka sekarang

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – Bahagian Pendidikan Lanjutan (BPL), Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa beberapa kursus pendek jahitan kini dibukakan kepada orang ramai yang berminat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, kursus-kursus yang ditawarkan termasuk jahitan bag tote daripada kain kapas yang akan dijalankan selama sembilan jam dengan bayaran pendaftaran sebanyak $45, jahitan baju kurung asas selama 15 jam pada $75, jahitan baju Cara Melayu juga 15 jam kelas belajar pada $75, jahitan langsir selama 12 jam pada $60, jahitan sarung kerusi berskirting selama 10 jam pada $50 dan kursus membuat tudung instant shawl selama 12 jam dengan bayaran $60.

Orang ramai yang berminat boleh mengambil borang dan membuat pembayaran semasa waktu bekerja tidak lewat 26 November 2015 di BPL, Simpang 347, Jalan Pasar Baru Gadong. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai kursus jahitan ini bolehlah menghubungi Dayang Alyani binti Haji Ismail di talian 2422493 sambungan 216.

ARTIKEL YANG SAMA