Kursus kemahiran dapat sambutan

Kursus kemahiran dapat sambutan

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Okt – Pendaftaran bagi mengikuti Kursus Kemahiran di Bahagian Pendidikan Komuniti, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) bagi sesi 2016 telah dibuka bermula 28 September lalu hingga 3 Oktober ini di Bangunan Pejabat Bahagian Pendidikan Lanjutan.

Kursus-kursus yang ditawarkan yang merangkumi kursus masakan, menaip dan trengkas, mengaji, seni reka fesyen, sulaman mesin kisi, kraf tangan dari kain kapas, gubahan bunga, menjahit, anyaman daripada manik dan anyaman bakul, telah mendapat sambutan yang menggalakkan apabila pada hari pertama pendaftaran sahaja, orang ramai datang berpusu-pusu untuk mendaftar.

Orang ramai yang berminat bolehlah terus mendaftar di bangunan berkenaan bermula dari jam 8 hingga 11.30 pagi pada tarikh yang telah ditetapkan.

Orang ramai membuat pendaftaran bagi mengikuti kursus yang ditawarkan.
Orang ramai membuat pendaftaran bagi mengikuti kursus yang ditawarkan.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Bahagian Pendidikan Lanjutan IBTE, memaklumkan bahawa kursus pendek jahitan bagi lapik meja skirting (skirting table) dan sarung kerusi skirting (skirting chair) kini dibukakan kepada orang ramai yang berminat.

Pengambilan borang dan pembayaran bolehlah dibuat semasa waktu pejabat tidak lewat 13 Oktober depan di Bahagian Pendidikan Lanjutan, Jalan Pasar Baru Gadong.

Bagi pertanyaan lanjut mengenai Kursus Jahitan ini bolehlah menghubungi Dayang Alyani binti Haji Ismail di talian 2422493 sambungan 216.

ARTIKEL YANG SAMA