Kursus latihan pekerjaan pelajar MTSSR dengan TelBru

Kursus latihan pekerjaan pelajar MTSSR dengan TelBru

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mac – Pada April 2014, Telekom Brunei Berhad (TelBru) telah mengikat perkongsian strategik dengan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE).

Di bawah perkongsian itu, TelBru menawarkan biasiswa kepada pelajar dari Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal (MTSSR) bagi menjalani dua tahun pengajian HNTec dalam Teknologi Telekomunikasi dan Maklumat, kursus baru diperkenalkan yang termasuk ‘latihan dalam pekerjaan’, ditaja sepenuhnya oleh TelBru.

Menurut kenyataan TelBru, program dua tahun di bawah Skim Latihan Perantisan syarikat, dihasilkan bersama oleh TelBru dan IBTE, telah bermula sejak 5 Januari 2015. Sehingga kini, para pelajar berkenaan telah menamatkan tahun pertama program dan kini dalam semester tiga tahun kedua.

Dalam semester satu, mereka telah mempelajari perspektif berdasarkan teori mengenai telekomunikasi dan IT, kemudian diikuti dengan semester dua yang merangkumi penempatan selama enam bulan di TelBru.

Pelajar MTSSR ketika membuat latihan kerja dengan TelBru.
Pelajar MTSSR ketika membuat latihan kerja dengan TelBru.

Salah seorang pelajar, Awangku Mohd Nurul Hadzmie Aziman bin Pengiran Muhidin telah meluahkan penghargaannya kepada TelBru kerana memperkenalkan kursus baru di Brunei Darussalam kerana beliau telah mempertimbangkan untuk menceburi bidang telekomunikasi. Beliau berminat dengan pengajiannya dan bekerja untuk berjaya.

Menurutnya, maklumat teori dan pengalaman praktikal sebenar yang diberikan oleh para pensyarah dan TelBru telah memotivasikannya untuk membuat lebih baik dalam pengajiannya. Beliau juga melahirkan harapan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga TelBru apabila menamatkan kursus.

ARTIKEL YANG SAMA