Kursus pengadil ditunda ke 26 Februari

Kursus pengadil ditunda ke 26 Februari

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jan – NFABD hari ini memaklumkan bahawa Kursus Pengadil Bolasepak Kelas 3 bagi Daerah Brunei dan Muara 2016 yang dijadualkan akan diadakan pada 24 Januari ini telah ditunda ke 26 Februari atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sehubungan dengan itu NFABD selaku penganjur kursus sukacita memaklumkan bahawa tarikh tutup bagi menyertai kursus empat hari pada setiap Jumaat dan Ahad sahaja itu telah dilanjutkan sehingga 24 Februari.

Mereka yang layak memohon untuk menyertai kursus berkenaan mestilah lelaki warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berusia tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun.

Untuk menyertai kursus berkenaan, pemohon perlu mendaftarkan diri mereka masing-masing dengan mengisi borang pendaftaran yang boleh diperoleh di NFABD House, Jalan Pusat Persidangan, Bandar Seri Begawan pada waktu NFABD House dibuka iaitu dari pukul 8:00 pagi hingga 4:30 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat sahaja.

Borang yang sudah lengkap diisi hendaklah dihantar ke NFABD House tidak lewat dari tarikh 24 Februari dengan menyertakan sekali bayaran pendaftaran sebanyak $50 seorang.

ARTIKEL YANG SAMA