Kusus Kejurulatihan Sijil ‘B’ AFC 19 Oktober

Kusus Kejurulatihan Sijil ‘B’ AFC 19 Oktober

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Kusus Kejurulatihan Sijil ‘B’ AFC akan dianjurkan sekali lagi oleh Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) pada 19 Oktober hingga 7 November 2015 di NFABD House, Jalan Pusat Persidangan.

Memandangkan kursus yang akan dimudahcara oleh Pengarah Teknikal NFABD, Mike Wong Mun Heng itu hanya menyediakan jumlah slot yang terhad, maka NFABD menggalakkan para jurulatih yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai kursus ini dan menasihatkan mereka untuk mendaftar seawal mungkin.

Hanya jurulatih yang sudah memiliki Sijil Kejurulatihan ‘C’ AFC atau setanding dan memiliki catatan minimum 80 jam latihan kejurulatihan layak mendaftar untuk menyertai kursus Sijil ‘B’ berkenaan.

Bagi mereka yang berminat perlu hadir ke NFABD House untuk mendaftar dengan membawa bersama kad pintar atau pasport masing-masing serta sekeping gambar berwarna berukuran pasport.

Bayaran kursus untuk warganegara Brunei adalah BND$670 sahaja (Termasuk bayaran pendaftaran) dan BND$820 (Termasuk bayaran pendaftaran) untuk bukan warganegara Brunei.

Untuk maklumat lanjut mengenai kursus berkenaan, bolehlah menghubungi Dayangku Shikin di NFABD House menerusi talian 2380047.