Kuwait peruntuk AS$115 bilion untuk projek minyak

Kuwait peruntuk AS$115 bilion untuk projek minyak

BANDAR KUWAIT, 29 Mei – Kuwait sebuah negara anggota OPEC telah memperuntukkan 34.5 bilion dinar (AS$115 bilion) untuk membiayai projek minyak selama lima tahun, meskipun kemerosotan dalam harga minyak, menurut eksekutif kanan hari ini.

“Kami telah memperuntukkan 34.5 bilion dinar untuk membiayai projek minyak selama lima tahun,” kata ketua Kuwait Petroleum Corp, Wafa al-Zaabi memberitahu persidangan minyak.

“Lebih 30 bilion dinar (AS$100 bilion) akan dibelanjakan ke atas pasaran tempatan dan selebihnya di luar negara,” katanya.

Lebih dua pertiga perbelanjaan itu, atau 23 bilion dinar, telah diperuntukkan bagi penggalian dan penghasilan, kata Zaabi.

Kuwait berhasrat untuk meningkatkan kapasiti pengeluarannya, yang pada masa ini lebih 3.0 juta tong sehari, kepada 4.0 juta tong menjelang 2020 dan mengekalkannya untuk dekad seterusnya.

Kuwait merupakan negara kaya minyak dan merancang untuk meningkatkan kapasiti pengeluarannya meskipun kemerosotan dalam harga minyak.
Kuwait merupakan negara kaya minyak dan merancang untuk meningkatkan kapasiti pengeluarannya meskipun kemerosotan dalam harga minyak.

Di antara projek besar lain, ia merancang untuk membina empat pusat perkumpulan, yang menjalankan projek penting bagi merangsang pengeluaran minyak besar-besaran dan meningkatkan pengeluaran bagi gas cecair asli bebas kepada lebih dua bilion kaki padu, dari 150 juta kaki padu pada masa ini, kata Zaabi.

Di sebalik projek huluan, Kuwait pada masa ini melaksanakan tiga kerjasama hiliran bernilai lebih AS$30 bilion.

Ini termasuk projek kilang penapisan baru yang berkeupayaan menapis 615,000 tong sehari dan projek bahan api bersih untuk menaiktaraf dua daripada tiga kilang penapisan yang ada, dan platform bagi mengimport LNG.

Seperti negara-negara pengeksport minyak Teluk yang lain, hasil pendapatan Kuwait jatuh mendadak dalam tempoh 20 bulan akibat kejatuhan dalam harga minyak.

Namun kerajaan telah menegaskan ia akan meneruskan pelaburan modal seperti yang dirancang.

Kuwait telah mengumpulkan sekitar AS$600 bilion lebihan dalam masa 16 tahun sehingga 2014 akibat harga tinggi minyak. Sekitar 95 peratus hasil pendapatan negara datangnya daripada minyak. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA