Kuwait rancang pinjam AS$10 bilion

Kuwait rancang pinjam AS$10 bilion

BANDAR KUWAIT, 3 Julai – Kuwait berkata hari ini ia merancang untuk mencuba pasaran hutang antarabangsa menerusi pengeluaran bond bagi membiayai kekurangan bajetnya selepas mencatatkan kemerosotan pertama dalam masa 16 tahun.

Negeri Teluk kaya minyak itu merancang untuk ‘meminjam kira-kira tiga bilion dinar (AS$10 bilion) dalam bon Amerika Syarikat dari pasaran antarabangsa, dalam kedua-dua pengeluaran konvensional dan sukuk (Islam),” kata Menteri Kewangan, Ana sal-Saleh memberitahu parlimen.

Kementerian itu juga akan meminjam dua bilion Kuwait dinar (AS$6.6 bilion) dalam instrumen Islam dan konvensional dari pasaran domestik, kata Saleh.

Ia akan menjadi hutang asing pertama negara itu sekitar dua dekad.

Peminjaman itu akan diadakan semasa tahun fiskal 2016/2017, yang bermula 1 April dan berakhir 31 Mac tahun depan, menurut menteri, tanpa memberi tarikh tertentu.

Saleh berkata kementerian kewangan sudah pun meminjam AS$2.5 bilion dari pasaran domestik.

Saleh, yang juga pemangku menteri minyak, berkata Kuwait mencatatkan defisit bajet pertamanya sebanyak 5.5 bilion dinar (AS$18.3 bilion) pada tahun fiskal 2015/2016.

Emiriah itu juga mengunjurkan kekurangan sekitar AS$28 bilion pada tahun fiskal semasa.

Kuwait menunjukkan keuntungan bajet sihat selama 16 fiskal tahun berturut-turut sehingga harga minyak mula merosot dua tahun lalu. Pendapatan hasil minyak terdiri 95 peratus daripada pendapatan awam. – AFP