Kuwait tamatkan perjanjian dengan OCA

Kuwait tamatkan perjanjian dengan OCA

BANDAR KUWAIT, 3 Nov (Agensi) – Kerajaan Kuwait memutuskan untuk menamatkan perjanjiannya bersama Majlis Olimpik Asia (OCA).

Agensi berita KUNA yang dikendalikan Kuwait melaporkan keputusan kerajaan itu, sambil berkata ia dilakukan ketika mesyuarat Kabinet semalam.

KUNA memetik Menteri Hal Ehwal Kabinet, Sheikh Mohammed Al Sabah sebagai berkata keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa menggantung Kuwait bagi campur tangan politik minggu lalu.

Ini adalah penggantungan kedua Kuwait dalam tempoh lima tahun, yang menghalang atlet-atlet negara kaya minyak itu daripada menyertai Olimpik di Rio de Janeiro pada tahun depan.

Pegawai-pegawai dari kerajaan Kuwait tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan ulasan.

Minggu lalu, FIFA juga menggantung Kuwait selepas ia gagal untuk menukar undang-undang sukannya pada 15 Oktober lalu.

Pasukan dan kelab Kuwait diharamkan dari bersaing dalam persaingan antarabangsa. Persatuan dan ahli-ahlinya diharamkan dari menerima bantuan kemajuan FIFA.

ARTIKEL YANG SAMA