Kuwait usir 60 rakyat Lubnan

Kuwait usir 60 rakyat Lubnan

BANDAR KUWAIT, 28 Mac (AFP) – Kuwait akan mengusir 60 orang Lubnan kerana disyaki mempunyai hubungan dengan Hizbollah, dalam langkah terbaru Teluk Arab ke atas kumpulan militan Syiah, lapor sebuah khabar hari ini.

Mereka yang akan diusir itu kesemuanya mempunyai status penduduk tetap yang telah dibatalkan, lapor akhbar harian Al-Qabas. Mereka yang dikelaskan sebagai ‘kes berbahaya’ hanya diberikan masa dua hari untuk meninggalkan negara itu, tambahnya.

Ini adalah gelombang kedua pengusiran dari Kuwait yang dilaporkan sejak negeri-negeri Arab Teluk menyenaraihitamkan Hizbollah sebagai kumpulan ‘pengganas’ awal bulan ini.

Minggu lalu, Al-Qabas melaporkan bahawa 11 orang Lubnan dan tiga warga Iraq diusir kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan kumpulan itu.

Kira-kira 50,000 rakyat Lubnan tinggal dan bekerja di amiriah yang kaya dengan hasil minyak itu, yang menyediakan kiriman wang yang penting bagi ekonomi domestik.