Kvirikashvili PM baru Georgia

Kvirikashvili PM baru Georgia

TBILISI, 30 Nov – Parlimen Georgia hari ini mengesahkan bekas menteri luar Giorgi Kvirikashvili sebagai perdana menteri negara itu, enam hari selepas peletakan jawatan mengejut Irakli Garibashvili dari jawatannya itu.

“Parlimen telah meluluskan kerajaan baru menerusi 86 undi berbanding 28,” kata speaker parlimen David Usupashvili.

Undi parlimen juga mengesahkan pilihan kabinet Kvirikashvili. Satu-satunya perubahan daripada barisan sebelumnya ialah pelantikan Mikheil Janelidze, 34, menggantikan Kvirikashvili sebagai menteri luar.

Keputusan itu akan dikemukakan kepada Presiden Giorgi Margvelasvili bagi pengesahan rasmi. Bercakap kepada ahli perundangan sebelum pengundian, Kvirikashvili, 48, berkata ‘tumpuan kabinetnya akan perkembangan ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat’.

Dia berjanji akan meneruskan dengan dasar parti campuran memerintah, Georgian Dream iaitu merapatkan lagi hubungan dengan Barat sementara berusaha meningkatkan hubungan dengan Rusia yang musnah akibat perang sekejap pada 2008.

Kvirikashvili telah disahkan sebagai PM Georgia selepas Garibashvili meletak jawatan semalam. – Reuters
Kvirikashvili telah disahkan sebagai PM Georgia selepas Garibashvili meletak jawatan semalam. – Reuters

“Matlamat utama kami ialah keanggotaan penuh dalam Kesatuan Eropah dan NATO,” katanya. “Pada waktu yang sama, kami akan mengusahakan dasar aman dan pragmatik kepada Rusia.

Garibashvili, 33, tiba-tiba meletak jawatan pada 23 Disember selepas baru dua tahun memegang jawatan, tetapi tidak memberikan penjelasan bagi keputusannya itu. Dia menjadi pemimpin kerajaan termuda di Eropah apabila dia dilantik pada November 2013 pada usia baru mencecah 31 tahun.

Ahli politik pembangkang telah menyalahkan bekas perdana menteri, iaitu taikun Bidzina Ivanishvilli bagi pergolakan kerajaan.

“Keputusan politik di negara ini diambil oleh Bidzina Ivanishvili. Perdana Menteri datang dan pergi dengan kehendak hatinya,” ahli undangan kanan dari parti pembangkang Parti Gerakan Kebangsaan Kesatuan (UNM), Giga Bokeria memberitahu AFP.

Ivanish vili meletak jawatan pada November 2013 untuk memberi laluan bagi Garbashvili, tetapi para pengkritik berkata dia masih berkuasa. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA