Kvitova buru gelaran Wimbledon

Kvitova buru gelaran Wimbledon

EASTBOURNE, United Kingdom, 21 Jun (AFP) – Petra Kvitova akan memulakan persediaannya untuk memburu gelaran Wimbledon ketiga esok apabila pemain dari Czech itu menentang pilihan utama di Eastbourne International di pesisiran selatan England.

Pemain nombor dua dunia itu, yang berada di tangga kedua di Devonshire Park pada 2011 sebelum memenangi trofi Wimbledon pertamanya, bermula pada pusingan kedua menentang sama ada pemain kelayakan atau Camila Giorgi dari Itali yang juga pemain suku akhir 2014.

Bekas pemain nombor satu, Carolione Wozniacki melangkah ke gelanggang rumput buat kali pertama pada musim panas ini ketika menentang pilihan kedua selepas meluangkan masa di tempat sendiri di Monaco untuk berehat selepas Terbuka Perancis.

Pemain dari Denmark itu memenangi gelaran Eastbourne pada 2009 dan mara ke empat kedudukan terakhir dalam dua kemunculan terakhirnya dalam pertandingan di Wimbledon. Finalis Terbuka Perancis, Lucie Safarova, pilihan ketiga, juga perlu menunggu pesaing pusingan pertama.

Ia adalah sama ada pemain card British, Harriet Dart atau finalis Terbuka Australia 2014 dari Slovakia, Dominika Cibulkova, yang akan beraksi buat kali pertama sejak pembedahan kaki pada Februari. Pertandingan terakhirnya adalah di Antwerp di mana dia tewas kepada Andrea Petkovic pada suku akhir.

Cibulkova, yang sekarang berada di ranking ke-50, hanya kembali ke gelanggang bagi gelaran itu lebih seminggu dan tidak menyentuh gelanggang rumput sehingga tiba di Britain. Pemain berusia 26 tahun itu akan membuat kemunculannya di Eastbourne.

Ekaterina Makarova menjadi pilihan keempat, menghampiri nombor lima Carla Suarez Navarro, pemain nombor enam dan finalis yang tewas tahun lepas Angelique Kerber dan pemain dari Kanada Eugenie Bouchard yang juga finalis Wimbledon 2014 yang tewas 10 daripada 11 pertandingan lalunya.

Karolina Pliskova dari Czech adalah pilihan kelapan, di depan Agnieszka Radwanska dari Poland yang bermula menentang peserta kelayakan. Juara bertahan, Madison Key dari AS menentang pilihan ke-12 dan mula menentang pemain remaja dari Switzerland, Belinda Bencic atau Mona Barthel.

ARTIKEL YANG SAMA