Kvitova, Sharapova teruskan kemaraan

Kvitova, Sharapova teruskan kemaraan

PRAGUE, 15 Nov (dpa) – Pemain-pemain elit Persatuan Tenis Dunia (WTA), Petra Kvitova dan Maria Sharapova mencatatkan kemenangan pembukaan mereka untuk meletakkan persaingan Piala Fed di kedudukan 1-1 di antara Republik Czech dan Rusia pada akhir hari pertama semalam.

Kedua-duanya adalah bekas juara Wimbledon, mengorak langkah dalam persaingan selama dua hari itu ketika hos Czech memburu gelaran kesembilan dalam persaingan berpasukan wanita sementara Rusia — dengan Sharapova beraksi bagi final buat kali pertama — memburu gelaran kelima.

Kvitova bangkit dari kesukaran pertandingan awal untuk memberikan hos pendahuluan 1-0 ketika dia bangkit mengatasi Anastasia Pavlyuchenkova 2-6, 6-1, 6-1 dalam masa satu jam dan tiga suku, yang mengatasi set pembukaan menggentarkan menentang pesaing ranking ke-28.

Aksi Petra Kvitova ketika di gelanggang. – AFP
Aksi Petra Kvitova ketika di gelanggang. – AFP

Pemenang grand salam lima kali, Sharapova menyamakan kedudukan bagi pasukan pelawat dengan keputusan 6-3, 6-4 menewaskan Karolina Pliskova bagi pertemuan pertamanya bersama pemain nombor 11 dunia itu.

Kvitova mengakui mengalami krisis lebih awal, tetapi berjaya mengatasi 26 kesilapan mudah dan mencatatkan 19 peluang bagi menghasilkan kemenangannya ke atas Pavlyuchenkova.

“Saya melangkah di atas gelanggang dengan rasa gentar,” kata pemenang itu, tempat kedua di Singapura pada final WTA. “Kaki saya terlalu berat, saya tidak boleh bergerak sama sekali.

ARTIKEL YANG SAMA