Kvitova singkirkan Kerber di Terbuka Wuhan

Kvitova singkirkan Kerber di Terbuka Wuhan

WUHAN, China, 29 Sept – Juara Wimbledon dua kali Petra Kvitova menolak ke tepi kedudukan ranking untuk menewaskan pemain nombor satu dunia yang baru dinobatkan Angelique Kerber dalam perlawanan epik tiga set di Terbuka Wuhan, awal pagi tadi.

Juara Terbuka AS dan Australia itu, bermain kejohanan pertamanya sejak naik ke ranking nombor satu, memenangi set pertama selepas bertarung dalam 22 mata tie break.

Kvitova mengambil pendahuluan awal dalam set kedua, berada di depan 5-3, sebelum Kerber bangkit untuk menyamakan kedudukan.

Namun Kerber gagal untuk mengambil kesempatan, membawa kedua-dua pemain untuk set ketiga dan memasuki permainan tiga jam.

Kvitova yang memenangi perlawanan tersebut. – AFP
Kvitova yang memenangi perlawanan tersebut. – AFP

“Saya berasa dalam saat-saat penting, Saya melakukan dua tiga kesilapan mudah, yang merupakan kunci dalam set kedua,” Kerber memberitahu selepas perlawanan itu.

Pemenang pingat gangsa Olimpik mula di depan pada set terakhir, namun Kerber menafikan mata kemenangan pertamanya, memaksa bagi permainan seterusnya dan lima mata kemenangan sebelum Kvitova menempah tempat ke pusingan suku akhir.

“Apabila anda bermain, anda tidak akan peduli mengenai ranking. Namun, sudah tentu, ia bagus untuk menewaskan pemain nombor satu,” warga Czech memberitahu para wartawan selepas perlawanan itu. – AFP