Kvitova terus mara dalam kejohanan GP Porsche

Kvitova terus mara dalam kejohanan GP Porsche

STUTTGART, Jerman, 20 April (AFP) – Juara Wimbledon dua kali Petra Kvitova dengan mudah mengatasi pencabarnya Luisa Chirico 6-0, 6-0 kelmarin untuk mara ke pusingan kedua kejohanan WTA Porsche Grand Prix.

Pemain pilihan kelima itu hanya memerlukan 55 minit untuk mengetepikan pemain dari Amerika itu, memenangi 17 dari 19 mata servis pertama. Pemain Czech itu juga hanya menghadapi satu mata break.

Sementara itu, Ana Ivanovic dari Serbia menewaskan pemain kelayakan dari Jerman, Carina Witthoert 7-6(3), 6-0. Walaupun berada di belakang seketika dan lawannya mahu menamatkan set, namun cubaannya gagal lalu memakan permainannya. Dua pemain Jerman juga mara ke pusingan kedua pada kejohanan tanah liat tertutup dengan kemenangan straight set. Annika Beck menewaskan Camila Giorgi 6-5, 6-2 dan pemain kelayakan Laura Siegemund menewaskan Anastasia Pavlyuchenkova dari Rusia 6-0, 7-5, kembali semula dari satu break di set kedua.

Giorgi mengambil alih tempat rakan senegaranya Sara Errani, yang menarik diri disebabkan kecederaan di kaki kanan.

Pemain pilihan ketujuh Carla Suarez Navarro dari Sepanyol menewaskan Oceane Dodin dari Perancis 6-3, 6-0.

ARTIKEL YANG SAMA