KWSP cadang jual hartanah di UK

KWSP cadang jual hartanah di UK

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bercadang untuk menjual salah satu hartanahnya di United Kingdom (UK), iaitu Reading International Business Park.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata dana itu terus menerima tawaran bagi asetnya di negara tersebut.

“Pada masa ini, ia bergantung kepada sama ada kami mendapat tawaran dan harga yang sesuai yang menjadikannya berbaloi untuk kami menjual aset itu,” katanya pada sidang media di luar Sidang Kemuncak Ekuiti Persendirian Global 2015 di sini hari ini.

Shahril Ridza berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai status Reading International Business Park. Reading International Business Park dibangunkan pada 2001 oleh Arlington Business Parks Partnership Fund (ABPP). KWSP, melalui Deutsche Asset & Wealth Management, membeli hartanah itu dengan nilai £140 juta pada 2011 daripada ABPP.

Selain daripada UK, KWSP turut melabur dalam pasaran hartanah lain di luar negara seperti Perancis dan Jerman. Shahril Ridza juga berkata dana itu dijangka memberi dividen sebanyak 2.5 peratus serta inflasi tahun ini.